May 19, 2024

Okay untuk posting kali ni aku nak share satu hostel yang aku menginap di Cappadocia pada trip solo ke Turkey yang lepas.Bagi aku kalau korang jenis tak kisah bercampur ini adalah salah satu hostel pilihan yang terbaik di Cappadocia bagi backpacker yang mempunyai bajet yang agak “tight”.

Kamelya Cave Hostel

Nama hostel tersebut ialah Kamelya Cave Hostel.Aku sangat recommend bagi korang yang datang dengan member-member or solo untuk menginap di hostel ni.Lokasi hostel ni sangat strategik,korang boleh jalan kaki je nak ke red valley,pusat bandar dan masjid.Tak perlu nak sewa motor atau naik teksi untuk jalan-jalan di sekitar bandar Cappadocia ni.

Harga untuk per malam bagi seorang ialah sekitar RM30 SAHAJA! including breakfast tau! Gila memang murah lah bagi aku kalau including breakfast.Aku sertakan gambar breakfast yang pihak hostel sediakan kepada kita.Tapi jangan expect buffet lah ye,diorang akan serve sendiri makanan kepada kita dan tinggal duduk je di meja yang disediakan kecuali untuk air (free flow) boleh ambil sebanyak mungkin.

Breakfast yang disediakan

Bagi katil pula,diorang sediakan double decker bed di dalam bilik.Bagi pengembara perempuan jangan risau,diorang juga ada sediakan bilik hostel asing untuk perempuan.Tandas juga sangat bersih dan mesin basuh layan diri juga disediakan di pantry.Overall aku memang recommend untuk korang tinggal di hostel ni kalau datang ke Cappadocia.

Bilik hostel

Kalau korang nak merasa vibe tidur dalam gua dan harga yang murah boleh lah cuba menginap di sini haha.Boleh tempah di website Booking.com atau Agoda.Aku galakkan korang tempah awal sebulan sebelum sebab hostel ni dikira famous juga di Cappadocia bagi golongan pengembara di seluruh dunia.

Okay setakat ni sahaja posting aku kali ini.InshaAllah kalau ada masa,aku akan share lagi berkenaan dengan trip Turkey ni.

Boleh follow Instagram aku @huzelstraveller dan channel telegram Huzels Traveller untuk pelbagai tips travel.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *