April 25, 2024

Kalau korang berhasrat untuk melancong ke negara-negara Eropah dan sekitarnya,korang wajib baca artikel ni sampai habis untuk mengelakkan kejadian sebegini berlaku.

Negara-negara Eropah terkenal dengan kejadian “pickpocket” di kalangan pelancong.Lebih-lebih lagi di kota-kota besar seperti Paris dan Istanbul.Modus operandi mereka ni adalah dengan menegur kita di kawasan yang terbuka dan sibuk.

Modus Operandi “Pickpocket” di Paris

Mereka akan sedaya upaya berborak atau bertanyakan soalan supaya kita fokus kepada mereka sepenuhnya.Kemudian akan datang seseorang yang berkomplot dengan mereka kepada kita untuk menyeluk barang-barang berharga di dalam poket kita.

Disebabkan kita terlalu fokus berborak dengan orang tadi,kita tidak akan sedar bahawa poket kita telah diseluk oleh rakan “sepasukan” mereka.Untuk posting kali ini,aku akan share beberapa tips untuk korang boleh guna untuk mengelakkan kejadian “pickpocket” ini berlaku.

Cara-Cara Menghindari Dan Mengurangkan Risiko Pickpocket

1.Jangan Letak Duit Di Satu Tempat – Pastikan korang split semua duit korang di pelbagai tempat.Contohnya simpan di bagpack,casual bag,wallet,di salah satu seluar di dalam beg dan sebagainya.

Kalau dompet korang hilang,setidaknya akan ada duit di tempat lain yang boleh korang guna.Elakkan untuk simpan semua ATM Card di dalam satu dompet juga.Jikalau salah satu ATM Card korang hilang,pastikan terus hubungi pihak bank untuk “block” kad tersebut.

2.Pakai Money Belt – Money belt ni sebenarnya adalah cara yang paling optimum untuk mengelakkan pickpocket.Korang boleh beli money belt ni dan pakai bersilang di bahagian dada hadapan.Kalau korang pergi negara sejuk,boleh cover sekali dengan winter coat di bahagian luar.

Contoh Money Belt

Letak dompet utama,passport dan handphone korang di dalam money belt ni.Pickpocket ni dia target barang-barang dalam poket seluar dan jaket kita je sebenarnya untuk mengelakkan kita daripada sedar.So kalau korang simpan dalam money belt ni,kemungkinan untuk kena pickpocket ni adalah sangat rendah.

Untuk Money Belt,korang boleh klik LINK ni untuk lihat harga di Shopee.

3.Beli Fake Wallet – Tips ni lebih kepada kalau kita diancam secara direct oleh pencuri.Korang boleh isi kad ATM yang tak ada duit dan beberapa wang kertas yang kecil nilainya.Jikalau apa-apa berlaku,korang boleh cepat-cepat pass fake wallet ni kepada mereka.

Tapi saya doakan agar benda yang sebegini dijauhkan.Cuma sekadar berkongsi langkah berjaga-jaga jikalau perkara sebegini berlaku.

4.Elakkan Berada Di Kawasan Sesak Terlalu Lama – Kalau korang travel ke bandar-bandar besar,elakkan untuk stay di lokasi yang ramai orang terlalu lama.Setidaknya cuba cari kawasan yang agak kurang sesak jikalau ingin berehat atau mengambil gambar.

Antara sebab utama adalah korang akan jadi sasaran utama “pickpocket” kerana mereka akan cuba cari orang yang akan bersembang atau melihat handphone dalam keadaan berdiri.Jadi cuba elakkan untuk buat perkara yang sebegini dan selalu memerhati keadaan sekeliling.

5.Jalan Melawan Arus – Kalau jalan di bahu jalan,setidaknya cuba berjalan melawan arus trafik.Ini bertujuan untuk mengelak daripada peragut yang mungkin akan cuba meragut beg atau handphone anda.

Setakat itu sahaja tips yang boleh aku kongsikan kepada korang.Aku harap korang akan lebih berhati-hati dengan modus ini ketika melancong di negara-negara Eropah.

Boleh follow Instagram aku Huzels Traveller dan join channel Telegram Huzels Traveller untuk pelbagai tips travel menarik!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *