May 4, 2024

Untuk posting kali ini aku nak share pengalaman aku bagaimana untuk “hunt” tiket AirAsia murah untuk penerbangan domestik dan juga antarabangsa.

Tips Cari Tiket Murah AirAsia

1.Sentiasa Check Apps AirAsia – Korang kena check apps AirAsia selalu sebab kadang-kadang dekat apps diorang dah iklankan awal promosi tiket murah di homepage AirAsia sebelum mereka war-warkan ke media sosial.

Bila korang jadi yang terawal yang tahu promosi tersebut,potensi untuk “grab” tiket murah adalah lebih tinggi berbanding orang lain.Jadi,rajin-rajin lah bukak apps atau website AirAsia ye.

2.Pilih Penerbangan Pada Awal Pagi – Kebanyakkan tiket yang paling murah adalah pada waktu awal pagi.Hal ini kerana,tidak ramai penumpang yang akan memilih untuk terbang pada waktu tersebut.

Jadi,AirAsia terpaksa menjual tiket tersebut dengan harga yang lebih murah untuk menarik lebih ramai lagi penumpang pada waktu penerbangan tersebut.Jadi apa salahnya untuk korang beli tiket untuk penerbangan awal pagi hehe.

3.Alert Dengan Free Seat AirAsia – Setiap tahun AirAsia akan mengadakan promosi besar-besaran untuk ke destinasi yang terpilih.Promosi “Free Seat” ini ialah kita hanya perlu membayar cukai lapangan terbang dan levi penerbangan yang ditetapkan oleh sesebuah negara sahaja.

Bayangkan ketika promosi ini berlangsung,korang boleh dapat tiket pergi dan balik ke Seoul dengan hanya serendah RM500! Tak ke murah gila tu! Jadi korang kena alert ye bila promosi ini akan berlangsung nanti.

4.Elakkan Beli Pada Waktu Puncak – Jangan cari tiket pada hari-hari perayaan yang utama.Hampir mustahil untuk korang dapat harga murah pada waktu tersebut kerana “demand” adalah sangat tinggi.

Setidaknya korang cari pada hari-hari biasa (weekdays) yang bersambung ke hujung minggu (weekend).Sebagai contoh,cari tiket pada hari Khamis hingga Ahad.Potensi untuk dapat harga murah adalah sangat tinggi pada hari-hari tersebut.

Setakat ini sahaja tips yang selalu aku guna untuk dapatkan tiket murah AirAsia.Semoga tips ini bermanfaat dan sedikit sebanyak dapat membantu korang mencari tiket murah nanti.

Boleh follow Instagram aku Huzels Traveller dan join channel Telegram Huzels Traveller untuk pelbagai tips travel menarik!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *