May 1, 2024

Berita baik bagi yang sudah lama ingin memasuki Thailand dengan tujuan melancong.Mulai Jun 2022,akan jadi lebih mudah proses untuk memasuki Thailand.

“Thailand Entry Requirements” Bermula 1 Jun 2022

1.Thailand Pass

2.Sijil Vaksinasi Lengkap (2 dos)

3.Covid-19 Insuran yang mempunyai nilai perlindungan sekurang-kurangnya 10,000 USD

Untuk memasuki Thailand,korang perlu apply dulu “Thailand Pass” di laman web yang khas oleh kerajaan Thailand.Boleh klink di SINI untuk memohon.

Sebelum ni,kelulusan “Thailand Pass” mengambil masa beberapa hari untuk diluluskan.Bermula 1 Jun 2022,approval untuk “Thailand Pass” adalah secara “instant approval” selepas korang isi segala butiran maklumat peribadi,dokumen perjalanan dan sebagainya.

Bagi Insuran Covid-19 pulak,pastikan maklumat berkenaan dengan nama penuh,nombor polisi dan juga tarikh mula dan akhir perlindungan insuran ini adalah jelas dan lengkap.Hal ini kerana adalah untuk mengelakkan daripada sebarang konflik yang akan berlaku semasa di imigresen Thailand nanti.

Korang juga boleh membeli Insuran Covid-19 tersebut di syarikat insuran Malaysia.Tidak semestinya harus beli Insuran dari Thailand.Asalkan polisi insuran tersebut “cover” perbelanjaan berkenaan dengan Covid-19,ianya akan diterima.

Bagi Pemegang Pas Sempadan (Border Pass)

Pemegang Pas Sempadan pula tidak diwajibkan untuk memohon Thailand Pass dan juga membeli Insuran Covid-19.

Border Pass Malaysia

Hanya perlu sijil vaksinasi yang lengkap sahaja untuk memasuki Thailand menggunakan jalan darat.Namun,tempoh masa maksimum yang dibenarkan untuk berada di Thailand adalah selama 3 hari sahaja.

Setakat itu sahaja update untuk SOP kemasukkan ke Thailand untuk posting kali ini.Korang boleh klik SINI untuk lihat update secara mingguan SOP atau Entry Requirements ke Thailand.

Boleh follow Instagram aku Huzels Traveller dan join channel Telegram Huzels Traveller untuk pelbagai tips travel menarik!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *