May 5, 2024

Okay untuk posting kali ini aku nak share pengalaman aku naik Bosphorus Cruise atau Istanbul Cruise dengan hanya lebih kurang RM10 sahaja ketika di sana.

Kalau korang ke Istanbul,aktiviti Bosphorus Cruise ini memang wajib korang cuba.Kebanyakkan pelancong,diorang akan tempah melalui agent.Jadi harga akan berganda lebih mahal.

Pengalaman aku yang lepas,aku beli direct di terminal cruise tu sendiri.Jadi lebih jimat dan tiada caj tambahan yang dikenakan.Lokasi utama permulaan Bosphorus Cruise ini adalah di Eminonou Port.

Peta Public Transport Istanbul

Untuk ke sini,korang boleh menaiki Tram line (Istanbul Tram T1).Kalau korang duduk di area Sultanahmet,korang boleh terus naik Tram di Sultanahmet Station dan turun di Eminonou Station.

Bila dah sampai ke Eminonu,korang akan terus nampak terminal cruise di seberang jalan.Dekat situ ada banyak syarikat cruise yang buka booth penjualan tiket.Pilih je syarikat mana yang korang nak dan harga semua lebih kurang sama je.

Harga yang aku dapat adalah seperti dalam gambar di atas iaitu 30 Lira.Waktu ni lebih kurang RM10 lah bila ditukar dengan nilai duit Ringgit.Perjalanan bagi keseluruhan trip ini mengambil masa 1 Jam 30 Minit.

Cruise ini akan pusing-pusing di sepanjang Selat Bosphorus dan akan kembali ke tempat asal iaitu di Eminonu Port.Sepanjang dalam cruise korang hanya akan duduk di kerusi yang disediakan dan boleh juga pusing-pusing dalam kapal untuk ambil gambar.

Cruise akan ada selang 1 Jam.So jangan risau kalau korang terlepas cruise,korang boleh chill dulu kat area situ sebab ada banyak gerai makanan laut yang dijual di area Eminonu.

Tiket Cruise

Eminonu juga terkenal dengan makanan “seafood”.Kalau korang perasan nanti dekat jambatan di area Eminonu Port tu akan ada ramai orang memancing.Kebanyakkan pemancing itu adalah pekerja kepada pengusaha gerai atau restoran di area Eminonu Port itu sendiri.

Ni dia jambatan tu

Makanan kat sini bagi aku not bad lah and harga pun boleh tahan murah.Boleh lah sambil-sambil tunggu cruise atau selepas naik cruise korang lepak kat sini makan-makan sambil layan view fuhh memang layannn.

Teh Panas Dalam Cruise

Sebelum aku lupa,nanti dalam cruise akan ada orang yang akan keliling satu cruise jual teh panas.Murah je teh ni dalam 5 Lira macam tu.Boleh lah korang try sambil layan view di atas cruise nanti.

Di Turki,teh ni memang dah sebati dengan hidup diorang.Pergi mana-mana je mesti korang akan nampak diorang minum teh dalam cawan kecik dalam gambar kat atas tu.Tapi teh diorang ni memang kosong tau.So kalau tekak melayu ni tak boleh nak terima,korang request lah gula siap-siap ye.

Semasa Di Atas Cruise

Time dekat dalam cruise tu aku jarang bergambar.Banyak habiskan masa duduk dan menikmati pemandangan sambil cucuk earphone kat telinga je.Memang layan habis lah waktu tu hahah.

Aktiviti Bosphorus Cruise ni korang wajib try nanti bila ke Istanbul.Memang tak rugi dan sudah dikira aktiviti wajib di sini.

Okay setakat ini sahaja yang boleh aku share untuk kali ini.InshaAllah kalau aku rajin,aku akan update lagi posting terbaru berkenaan pengalaman aku di Turki selama 18 hari.

Boleh follow Instagram aku Huzels Traveller dan join channel Telegram Huzels Traveller untuk pelbagai tips travel menarik!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *