May 19, 2024

Korang berhasrat untuk ke Istanbul? Boleh baca posting ni sampai habis sebagai panduan untuk korang plan itinerari ketika di Istanbul nanti.

1.MASJID HAGIA SOPHIA

HAGIA SOPHIA

Kalau datang Istanbul korang wajib datang ke Hagia Sophia ni.Tak lengkap trip ke Istanbul kalau tak ziarah ke sini.Ibarat kalau foreigner melancong ke Kuala Lumpur kalau tak melawat KLCC tak complete lah trip dia.Begitulah perumpamaannya.

Korang beruntung kalau datang ke Istanbul selepas tahun 2020 sebab nak masuk ke sini sudah tidak dikenakan bayaran lagi.Dulu nak masuk kena bayar 100 Lira sebelum Hagia Sophia ditukar menjadi masjid sepenuhnya.Lokasi Hagia Sophia ni terletak di area Sultanahmet.Nak ke situ pun senang boleh naik tram sahaja.

Info Penting

Waktu Operasi:24 Jam

Bayaran:Percuma

Lokasi:Sultanahmet

2.BLUE MOSQUE

BLUE MOSQUE

Blue Mosque ni terletak betul-betul bertentangan dengan Hagia Sophia.Jadi kalau korang pergi ke Hagia Sophia,wajib ke Blue Mosque pulak selepas itu.Boleh jalan kaki je untuk ke sana.Di tengah-tengah kawasan antara Blue Mosque dan Hagia Sophia terletaknya Sultanahmet Park.

SULTANAHMET PARK

Di Sultanahmet Park ni amatlah sesuai untuk korang bergambar berlatarbelakangkan Blue Mosque dan Hagia Sophia.Nak lepak-lepak sini pun boleh layan pemandangan sambil makan jagung bakar yang banyak dijual di situ.

INFO PENTING

Waktu Operasi:24 Jam

Bayaran:Percuma

Lokasi:Sultanahmet

3.GALATA TOWER

GALATA TOWER

Galata Tower ni salah satu tempat wajib yang korang lawati juga di Istanbul.Tapi korang kena hati-hati sikit sebab di sini kawasan panas untuk pickpocket buat “job”. Jadi korang hati-hati lah ye dengan barang-barang berharga seperti phone,dompet dan sebagainya ketika di sini.

SALTBAE GALATA TOWER

Di area sini juga terletaknya restoran terkenal “SALTBAE”.Jadi kepada pengembara yang ada bajet lebih dan nak mencuba boleh lah ke area Galata Tower ni.Menara Galata Tower ni juga boleh korang naik sampai ke atas untuk melihat pemandangan sebahagian kota Istanbul terutamanya Selat Bosphorus yang boleh dilihat jelas dari atas menara ni.

INFO PENTING

Waktu Operasi: 9 Pagi hingga 10 Malam

Bayaran: 100 Lira

4.TOPKAPI PALACE

TOPKAPI PALACE

Istana Topkapi atau lebih dikenali sebagai Topkapi Palace adalah sebuah istana yang telah menjadi kediaman rasmi kepada pemerintah pada zaman kerajaan Uthmaniyyah selama lebih kurang 400 tahun lamanya dahulu.

Sangat digalakkan untuk melawat ke istana ni bagi peminat sejarah Islam di bumi Istanbul ini.Korang kena spend at least separuh hari untuk cover sepenuhnya di dalam istana ni sebab ianya tersangatlah luas dan banyak info yang korang boleh dapati sepanjang berada di dalam istana tersebut.

INFO PENTING

Waktu Operasi: 10 Pagi hingga 4 petang (Tutup pada setiap hari Selasa)

Bayaran: 200 Lira

Lokasi : Berdekatan dengan Hagia Sophia

5.TAKSIM SQUARE/TAKSIM MEYDANI

TAKSIM

Bagi sesiapa yang ingin membeli belah barangan “High End” di Istanbul,di sini adalah salah satu tempat yang sesuai bagi anda.Banyak butik-butik berjenama yang terkenal ada di sini.Untuk last minute shopping di Istanbul boleh lah korang datang ke sini selain ke Sultanahmet.

Suasana di sini lebih meriah dan “happening” kalau korang datang pada waktu malam.Dia punya “vibe” tu lagi hidup kalau datang pada waktu malam.Ada juga MCD dan beberapa restoran “fast food” yang lain ada sini.Makanan Turki seperti kebab dan lain-lain tu jangan cakap lah,memang banyak di sini.Untuk foodhunting juga boleh tapi harganya sedikit mahal berbanding di tempat lain.

Okay setakat ini sahaja posting aku kali ini,semoga sedikit sebanyak dapat membantu plan trip korang nanti 🙂

Boleh follow Instagram aku Huzels Traveller dan join channel Telegram Huzels Traveller untuk pelbagai tips travel menarik!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *