May 19, 2024

Ramai yang tak tahu bahawa tiket flight ni harga dia flexible atau tidak tetap.Kali ni aku nak share sikit macam mana nak cari tiket murah.Perlu diingat bahawa tips-tips yang aku akan share ni tidaklah 100% menjaminkan yang korang akan jumpa harga murah tetapi boleh meningkatkan keberangkalian untuk korang nak jumpa tiket flight dengan harga murah.

Okay first kali,kita kena tahu tiket flight adalah sangat berbeza dengan tiket-tiket pengangkutan awam yang lain seperti keretapi dan bas.Boleh jadi tiket flight yg korang beli tu lebih murah daripada naik bas dan boleh jadi jauh lebih mahal apa yang kita jangkakan.

Sebagai contoh,dulu pada tahun 2014,ada satu syarikat penerbangan terkemuka pernah jual tiket RM12 ONE WAY untuk perjalanan dari KL-London sebagai promosi daripada pihak airlines.Gila tak masuk akal kan KL-London hanya RM12?hahah tapi itulah realiti yang pernah berlaku suatu ketika dahulu.

1.LAKUKAN PENCARIAN PADA MALAM SELASA DAN RABU

Rata-rata orang kurang mencari tiket penerbangan pada waktu ini.Jadi ia memberikan satu signal kepada airlines bahawa permintaan atau “demand” terhadap tiket penerbangan mereka adalah rendah.Besar kemungkinan mereka akan menurunkan harga pada waktu-waktu ini.So kalau korang nak cari tiket flight,boleh lah cuba cari time ni ye!

2.CLEAR “COOKIES” DI BROWSER SEBELUM MELAKUKAN PENCARIAN

Sebelum korang nak mulakan pencarian tiket,pastikan clear dulu “cookies” di browser handphone dan PC supaya syarikat penerbangan tak track korang punya history visit di website airlines.Bila diorang dapat track kita visit website diorang banyak kali,besar kemungkinan kita tak akan dapat harga murah sebab syarikat penerbangan beranggapan bahawa kita “desperate” untuk beli tiket flight tersebut.

3.PASTIKAN COMPARE JUGA HARGA DENGAN WEBSITE YANG LAIN

Haa part ni yang paling penting sekali! Untuk pastikan yang tiket flight korang betul-betul paling murah,pastikan compare juga dengan website OTA (Online Travel Agent) seperti Skyscanner,Traveloka dan sebagainya.Kadang-kadang boleh dapat lagi murah di website OTA.So,kalau nak murah rajin-rajinkanlah diri ye!

4.FOLLOW SOCIAL MEDIA SYARIKAT PENERBANGAN

Pastikan korang follow FB page atau Instagram syarikat penerbangan.Kebiasaannya,airlines akan post di social media berkenaan dengan promotion dan official sales yang diorang akan buat.So bila kita follow socmed airlines ni,kita akan menjadi orang yang terawal untuk tahu dan membuat tindakan lebih cepat berbanding orang lain.

5.DAFTAR SEBAGAI MEMBERSHIP DI SYARIKAT PENERBANGAN

Bila kita daftar sebagai mebership atau program kesetiaan di sesebuah airlines,kita akan mendapat mata ganjaran apabila kita book setiap pernebangan.Daftar pun free je,tak rugi apa pun kalau daftar.Mata ganjaran ni kita boleh convert kepada penerbangan percuma apabila dah terkumpul banyak.Contoh program kesetiaan bagi syarikat penerbangan lokal ialah BIG LOYALTY PROGRAMME oleh AIRASIA dan Enrich Member oleh Malaysia Airlines.

Okay dengan tips-tips di atas,aku harap korang dapatlah cuba nanti ye! Selamat mengembara!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *