May 18, 2024

Okay ramai yang tertanya-tanya berapa total duit hangus untuk trip Turkey dan Dubai selama 18 hari pada bulan Disember 2021 yang lepas.Suprisingly, HANYA RM4085 SAHAJA yg digunakan sepanjang 18 hari di sana!

Itu termasuk FLIGHT,PENGINAPAN,MAKAN MINUM DAN SEGALA MAK NENEK PERBELANJAAN DI SANA! Gila murah kan?? Salah satu faktor utama yang menyumbang kepada kurangnya kos sepanjang di sana ialah kadar tukaran matawang Lira ketika itu ialah RM1=3.25 Lira.

FLIGHT

Okay first nak cerita pasal flight dulu sebelum kita proceed ke bahagian yg lain.Untuk pengetahuan korang,flight adalah penyumbang terbesar kepada jumlah perbelanjaan sesebuah trip.Jadi,kalau nak pastikan yg trip kita betul-betul jimat adalah dengan memastikan harga return flight adalah murah dan tidak terlalu mahal.

Untuk trip yg lepas,Alhamdulillah dapat flight return Emirates dengan harga RM2K ngam-ngam sebab aku beli 3 minggu sebelum tarikh berlepas.Usually kalau beli 3 minggu sebelum agak susah untuk dapat harga 2K and below.Kiranya aku bernasib baik time ni sebab terjumpa harga yg macam tu,then apa lagi terus beli lah hahah.Actually korang boleh dapat below RM2K kalau beli 3-6 Bulan awal.RM1.5K return pun boleh dapat kalau pandai cari and cari awal!

Kalau dah flight sahaja RM2K,maknanya segala perbelanjaan dan penginapan di Dubai dan Turkey RM2K?

YES! RM2K JE! HAHAH mesti tak percaya kan? Tapi itulah total sebenar perbelanjaan selama 18 hari di sana.Tapi jangan korang ingat tidur hotel mewah-mewah,naik private transport,makan di restoran mahal-mahal boleh buat dengan RM2K ni,memang idok lerrr hahah.Dah nama pun travel bajet,mestilah semuanya bajet dan yg paling penting masih enjoy dan melawat tempat-tempat wajib di sana.Siap naik Burj Khalifa tau!

PENGINAPAN

Penginapan pulak sepanjang di Turkey kebanyakkannya tidur di Hostel dan Hotel Bajet.Di Dubai pula,aku hanya transit selama 18 jam dan tidak tidur di sebarang hotel mahupun hostel sebabnya nak betul-betul manfaatkan 18 jam tu untuk explore bandar Dubai dan naik ke Burj Khalifa sebelum bertolak ke Istanbul dengan penerbangan seterusnya.

TOTAL PERBELANJAAN UNTUK PENGINAPAN

Cappadocia 4D3N : 330 Lira/RM101

Konya 3D2N : 440 Lira/RM135

Izmir 3D2N : 460 Lira/RM141

Bursa 3D2N : 300 Lira/RM92

Istanbul 5D4N : 520 Lira/RM160

Total Keseluruhan Untuk Penginapan : 2050 Lira/RM629

TIKET-TIKET DAN AKTIVITI SEPANJANG TRIP

Okay bagi tiket-tiket dan aktiviti sepanjang trip ni pula kebanyakkanya beli walk in di sana sahaja kecuali di Burj Khalifa.Tiket untuk naik ke Observation Deck Burj Khalifa saya sarankan untuk beli secara online daripada walk in sebab harga online jauh lebih murah kalau beli walk in di sana.Aku beli di Klook apps dengan harga RM160+- sahaja dan kalau nak dibandingkan beli secara walk in harganya boleh mencecah RM300! Gila tak ke jauh lebih mahal tu? So aku sarankan kalau korang nak naik Burj Khalifa ni better beli online siap-siap.Boleh beli di sini

TOTAL PERBELANJAAN UNTUK AKTIVITI SEPANJANG TRIP

Burj Khalifa Observation Deck : RM160

Horse Riding Cappadocia : 250 Lira/RM76

Mevlana Museum : 30 Lira/RM9

Ephesus Entry Ticket : 120 Lira/RM36

Uludag Mountain Cable Car : 250 Lira/RM76

Bosphorus Cruise : 30 Lira/RM9

Hagia Sophia and Blue Mosque : FREE

Total Kesuluruhan untuk Aktiviti : RM366

PENGANGKUTAN

Bagi pengangkutan sepanjang aku di Turkey pula lebih tertumpu kepada penggunaan public transport.Ye lah kan dah nama pun backpackers,mestilah kena jimat.Kalau asyik naik taxi je,kopak duit nanti and dah tak jadi trip bajet pulak hahah.

Bandar-bandar di Turkey public transport diorang efficient.Lebih-lebih lagi di Istanbul! Hanya di Cappadocia sahaja tidak mempunyai public transport yg systematic.Tapi jangan risau,bandar Cappadocia atau dikenali sebagai Göreme oleh penduduk tempatan ni kecik je,korang boleh jalan kaki pusing-pusing satu bandar dalam kurang daripada Sejam.

Kalau di Istanbul,Izmir,Bursa dan Konya pulak,korang kena beli kad pengangkutan awam khas (macam TNG Card).Kalau di Turkey ni pelik sikit,setiap bandar diorang guna kad yg berlainan.Contohnya di Istanbul menggunakan Istanbulkaart.Di Bursa pula menggunakan Bursakaart dan seterusnya.

So bila kita dah sampai ke bandar yg lain,kita kena beli specific kad yg lain untuk bandar tu pulak.Haa part ni je la yg leceh kalau korang travel dari satu bandar ke bandar yg lain sebab sentiasa kena beli kad public transport yg baru.

Ini kad public transport untuk Istanbul dan Bursa

Bagi perjalanan antara bandar pulak,aku naik bas express dan tiket pulak semua aku beli walk in di sana.Hanya bagi perjalanan dari Konya ke Izmir sahaja aku naik sleeper train.Part sleeper train ni aku akan ceritakan lagi dalam next posting.Bagi perjalananan Bursa ke Istanbul pulak asalnya nak naik bas,tapi aku cuba untuk naik feri untuk ke Istanbul walaupun cuaca pada hari tu kurang baik dengan laut yg bergelora.

TOTAL PERBELANJAAN PENGANGKUTAN

Return Metro Ticket Airport-Burj Khalifa : 16 AED/RM18

Istanbul-Cappadocia (Turkish Airlines) : RM105

Cappadocia-Konya (Bus) : 83 Lira/RM25

Konya-Izmir (Sleeper Train) : 210 Lira/RM64

Izmir-Selcuk-Izmir (Train Balik Hari) : 21 Lira/RM6.40

Izmir-Bursa (Bus) : 119 Lira/RM36

Bursa-Istanbul (Ferry) : 78 Lira/RM24

Minibus di Konya : 8.50 Lira/RM2.60

IzmirKaart : 8 Lira/RM2.40

Topup IzmirKaart: 10 Lira/RM3

BursaKaart : 10 Lira/RM3

Topup BursaKaart : 25 Lira/RM7.70

IstanbulKaart : 15 Lira/RM4.60

Topup IstanbulKaart : 70 Lira/RM21.50

Total Kesuluruhan Untuk Pengangkutan : RM323.20

Untuk Internet pula aku beli SIM CARD Turkcell yg berharga 320 Lira/RM98 untuk 20 GB/30 Days.SIM CARD ni korang boleh beli di Istanbul Airport di bahagian arrival.Korang boleh cari booth Turkcell di bahagian arrival.Ada banyak lagi telco yg dijual tapi saya recommend Turkcell sebab line dia paling power kalau kat Turkey haha

Jadi untuk keseluruhan kos tidak termasuk makan minum dan perbelanjaan peribadi adalah RM2000 (Flight) + RM629 (Penginapan) + RM366 (Aktiviti) + RM323.20 (Pengangkutan) + Sim Card RM98 =RM3416

Jadi,yg selebihnya sebanyak RM600+- itu digunakan untuk makan,perbelanjaan peribadi dan sebagainya.Kos ni sebenarnya ikut tekak masing-masing.Boleh jadi lebih dan boleh jadi kurang lagi.Bagi aku RM600 sepanjang 18 hari tersebut dah lebih daripada cukup untuk korang makan sepanjang di Turkey.Aku akan sertakan beberapa gambar makanan dan harga di Turkey kat bawah.

Okay sampai sini sahaja penulisan kali ni,nanti saya akan share lagi berkenaan dengan Turkey dan Dubai di dalam next posting.Terima kasih kerana sudi membaca!

1 thought on “Travel Ke Turkey Dan Dubai Selama 18 Hari Dengan Hanya RM4000!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *