May 12, 2024

Kali ni aku nak share perkara-perkara yang tidak digalakkan untuk korang lakukan ketika korang berada di Turki.Pastikan baca posting ini sampai habis kerana ia akan memberi sedikit sebanyak gambaran ketika anda berada di sana nanti.

Perkara Sangat Tidak Digalakkan Ketika Di Turki

1.Jangan Terlalu Ramah Dengan Orang Awam – Tidak dinafikan sifat orang Malaysia yang sudah sebati dalam diri iaitu suka menegur dan beramah mesra dengan orang lain.Namun ketika korang berada di Turki,korang perlu buangkan sifat ini sedikit kerana orang-orang di sana suka mengambil kesempatan terhadap pelancong asing.

Ada situasi yang di mana mereka akan “approach” kita untuk bawa ke restoran atau kedai teh yang katanya murah dan famous.Setelah kita bersetuju,mereka pun akan membawa ke restoran tersebut dan pada akhirnya kita akan dipaksa untuk membayar makanan bagi pihak mereka.Jadi kalau situasi ini berlaku,cepat-cepat tolak tawaran mereka dan beransur jalan menuju ke tempat lain.

Di Dalam Hagia Sophia

2.Masuk Masjid Dengan Kaki Yang Basah – Masjid di Turki ni sangat pentingkan kebersihan carpet mereka.Kalau korang ke sana nanti,korang akan perasan yang tempat mengambil wudhu akan berada di luar masjid dan agak jauh daripada kawasan masjid.Jadi selepas korang ambil wudhu,pastikan lap dulu kaki sampai kering then baru proceed untuk masuk ke masjid.Tisu juga disediakan di tempat wudhu untuk kemudahan orang awam.

3.Jangan Tawar Menawar Jika Tiada Niat Untuk Beli – Kalau korang nak shopping di Turki ni lebih-lebih lagi di area Sultanahmet,Spice Bazaar,Grand Bazaar dan sebagainya elakkan untuk tawar menawar dengan harga yang terlalu rendah.Jika mereka bersetuju dengan harga yang telah ditawar,korang wajib untuk beli.Kalau tidak,makian dan cacian dalam bahasa turki akan dilemparkan kepada anda hehe.Jadi jangan ada niat taknak beli ye kalau dah tawar menawar tu.

4.Memburukkan Mustafa Kamal – Kebanyakkan rakyat Malaysia mempunyai pandangan yang negatif terhadap bekas pemimpin Turki iaitu Mustafa Kamal.Kalau korang sembang dengan orang sana dan mereka membanggakan Mustafa Kamal dengan menceritakan sejarah Mustafa Kamal,korang angguk dan iyakan je.Jangan pulak kau pergi bangkang diorang.Tak pasal-pasal jadi benda lain pulak nanti.

Seorang Perempuan dengan Bendera Mustafa Kamal

Di sana mereka sangat agungkan Mustafa Kamal kerana beliau adalah pemimpin yang membentuk kerajaan Republik Turki suatu ketika dahulu.Sampai sekarang,korang akan lihat orang awam akan pacak bendera gambar Mustafa Kamal di rumah-rumah sebagai simbol patriotik terhadap negara mereka.

Okay setakat ini sahaja penulisan aku kali ini.Pastikan korang take noted dan elakkan buat perkara-perkara di atas semasa di sana ye.

Boleh follow Instagram aku Huzels Traveller dan join channel Telegram Huzels Traveller untuk pelbagai tips travel menarik!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *