May 17, 2024

Siapa kata travel ke luar negara itu hanya untuk orang-orang kaya je? Rakyat marhaen pun boleh ke oversea tau! Untuk posting kali ini aku nak share tips-tips yang boleh korang gunakan untuk merancang trip supaya dapat menjimatkan perbelanjaan keseluruhan.

Travel Bajet Paling Mudah

1.Pilih Penerbangan Tambang Murah – Seperti yang kita tahu ada banyak penerbangan murah yang ada di rantau Asia ini seperti AirAsia,Citilink,Scoot dan sebagainya.Elakkan untuk memilih penerbangan “full service” seperti Malaysia Airlines,Garuda dan lain-lain kerana tambangnya lebih mahal secara umumnya.

2.Pergi Travel Berdua – Aku sangat sarankan untuk korang pergi travel berdua atau dalam bilangan yang genap kerana ini sangat memudahkan dari segi penginapan.Kebanyakkan penginapan akan menyediakan bilik jenis “double bed” untuk setiap bilik.Jadi di sini korang dapat split cost bilik 2 orang untuk satu bilik melainkan kalau korang tak kisah untuk menginap di hostel ramai-ramai.

3.Sentiasa Bertanya Dengan Orang Tempatan – Kalau korang dah sampai ke negara yang dituju,pastikan kerap bertanya dengan orang tempatan di sana berkenaan dengan tempat-tempat menarik dan lokasi mana yang disyorkan.Hal ini kerana,sesetengah maklumat yang kita cari di internet adalah tidak semuanya dikemaskini dari semasa ke semasa.Kalau bernasib baik,mereka sendiri yang akan syorkan tempat yang lebih menarik dan lebih murah.Haa kan lebih jimat tu!

Kad Bigpay

4.Bawa Kad Bigpay – Tak ramai orang tahu bahawa Kad Bigpay ni sebenarnya dapat menjimatkan expenses korang ketika di luar negara.Exchange rates daripada Bigpay ni lebih murah daripada money changer ditambah pula tiada charge tambahan yang dikenakan oleh Bigpay.Aku sangat sarankan untuk korang pakai kad Bigpay ni untuk melakukan transaksi yang boleh menggunakan debit card ketika di luar negara.Korang boleh download apps “Bigpay” di apps store atau play store dan masukkan code “GMDJQBOSKO” untuk RM20 percuma di dalam akaun Bigpay.

5.Timbang Beg Sebelum ke Airport – Pastikan korang timbang dulu beg sebelum ke lapangan terbang atau timbang di KLIA 2 menggunakan penimbang awam yang disediakan sebelum check in.Kalau korang terlebih had berat,korang kena bayar extra charge yang agak mahal kepada airlines.Haa kan dah rugi kat situ.

6.Buat Perbandingan untuk Penginapan – Semasa korang nak book hotel,aku sarankan buat perbandingan dulu di pelbagai laman web untuk penginapan yang korang pilih tu.Hal ini kerana,sesetengah laman web menyediakan harga yang lebih murah.Jadi buatlah pilihan yang bijak.Pastikan juga buat tempahan dengan lebih awal untuk mengelakkan harga yang lebih mahal.

7.Sentiasa Memilih untuk Berjalan Kaki – Aku sarankan korang untuk berjalan kaki untuk ke sesuatu destinasi yang jaraknya kurang daripada 1KM.Jangan spend untuk teksi atau perkhidmatan teksi online seperti Uber dan Grab.Duit tu korang boleh save untuk spend dekat benda lain ketika di sana.Di samping korang juga dapat exercise kalau memilih untuk berjalan kaki.Baru lah sihat!

8.Bawa Botol Air – Benda ni mungkin nampak remeh,tapi ianya sangat berguna untuk pengembara bajet.Botol air sangat berguna untuk korang refill air untuk kekalkan hidrasi.Banyak kawasan refill air yang percuma terutamanya di masjid,airport dan sebagainya.Dah jimat dah kat situ tak perlu beli air mineral banyak kali.

Basikal Sewa di Hong Kong

9.Sewa Basikal – Tips ni amat berguna untuk korang nak jimat dari segi kos pengangkutan.Korang boleh sewa basikal sehari untuk explore dan pergi teroka segala yang ada di sesebuah tempat tersebut.Lebih flexible dan korang juga boleh exercise sambil-sambil tu.

10.Bawa Pakaian yang Ringan – Ini bagi aku paling penting untuk korang yang akan stay lama di sesebuah negara.Tak perlu bawak pakaian yang banyak sebab nanti akan membebankan korang especially bagi yang bawa backpack.Jangan malas untuk pergi laundry ketika di sana atau korang boleh basuh sendiri sahaja di penginapan.

Boleh follow Instagram aku Huzels Traveller dan join channel Telegram Huzels Traveller untuk pelbagai tips travel menarik!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *