November 23, 2024

Bagi sesiapa yang baru berjinak-jinak dalam mengembara,aku sarankan korang baca posting ni sampai habis untuk sedikit sebanyak dapat membantu dari segi perancangan penginapan korang nanti.

KENAPA PILIH HOSTEL?

1.Keselamatan Diri – Kalau korang travel solo ke sesebuah negara,aku sangat galakkan untuk korang memilih untuk menginap di hostel.Lebih-lebih lagi bagi pengembara perempuan.

Jikalau terjadi apa-apa terhadap diri sendiri,sekurang-kurangnya roommate akan tahu dan akan mengambil tindakan yang selanjutnya berbanding kalau kita ambil private room di hotel.Tiada siapa yang akan tahu apa yang terjadi kepada kita.

2.Tambah Kenalan Daripada Seluruh Dunia – Benda yang paling best kalau korang duduk hostel ni,korang akan berkenalan antara satu sama lain di dalam bilik hostel masing-masing.

Time ni lah korang boleh buat connection banyak-banyak.Nanti if korang nak visit negara diorang,mana lah tahu diorang offer free guide bawak jalan-jalan haaa kan dah jimat kat situ hehe.

Korang juga akan share tentang negara masing-masing antara satu sama lain.Kat sini kita dah banyak bertukar-tukar pengalaman dan pendapat sambil-sambil tu.Bagi aku ini adalah salah satu pengalaman yang berharga untuk korang lalui.

Cuba bayangkan kalau duduk hotel sorang-sorang? Tak ke bosan tu haha.At least kalau duduk hostel,ada lah member yang kita boleh nak sembang.

3.Harga Lebih Murah – Tidak dinafikan kenapa ramai backpackers solo memilih hostel sebagai pilihan utama adalah sebab kos lebih murah.Tapi jangan ingat murah tak boleh dapat keselesaan seperti hotel.

Zaman sekarang ni dah banyak hostel-hostel moden untuk pengembara menginap siap dengan breakfast sekali tau kalau korang pandai cari.

Banyak kos dapat dijimat kalau korang memilih hostel sebagai penginapan korang.Duit lebihan tu korang boleh guna untuk pergi lebih banyak tempat menarik atau guna untuk mencuba lebih banyak makanan khas negara yang korang pergi tu.

4.Lokasi Lebih Strategik – Kebanyakkan hostel terletak di tengah-tengah bandar atau di kawasan perlancongan utama.Contohnya seperti di Ho Chi Minh,banyak hostel-hostel terletak di area Ben Tanh Market iaitu pusat membeli belah utama di sana.

Jadi kalau korang memilih hostel,lebih mudah untuk korang bergerak ke mana-mana sahaja dengan hanya berjalan kaki.Haa kan dah jimat lagi kat situ hehe.

Salah Satu Hostel di Ho Chi Minh

Perlu diingat,lokasi yang strategik di tengah-tengah bandar yang sibuk tidak menjamin keselamatan yang baik.Jadi pandai-pandai lah korang baca review hostel tu sebelum book ye.

Mostly orang akan bagi honest review terhadap hostel tersebut.Jadi nilai lah dengan baik sebelum membuat keputusan.

Okay setakat ini sahaja tips yang aku boleh share kat korang.Harap-harap dapat memberi sedikit sebanyak keyakinan untuk korang mencuba menginap di hostel untuk trip korang nanti.

Boleh follow Instagram aku Huzels Traveller dan join channel Telegram Huzels Traveller untuk pelbagai tips travel menarik!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *