November 23, 2024

Pernah tak korang terfikir untuk cuba naik “sleeper train” di Turkey ni? Okay kali ni aku nak share pengalaman aku naik sleeper train untuk perjalanan dari Konya ke Izmir ketika di Turkey haritu.

Asalnya plan aku adalah untuk naik high speed train dari Konya ke Ankara.Disebabkan kekangan masa dan jadual yang agak pack aku decide untuk cancel ke Ankara dan ubah plan untuk terus ke Izmir daripada Konya.

Peta dari Konya ke Izmir

Kalau korang dapat tengok peta di atas,perjalanan dari Konya ke Izmir hanya mengambil masa 7 Jam dengan menaiki kereta dengan jarak 600 KM lebih.Kalau dengan menaiki train ianya mengambil masa 12 jam.Mungkin sebab kelajuan sleeper train ni tidak lah sepantas train moden yang lain.

Okay untuk tiket pulak,aku sarankan untuk korang beli online awal-awal di apps TCDD/Eybis/E-Bilet.Kalau macam kes aku haritu,aku beli walk in sehari sebelum je since bukan peak season.Korang boleh beli tiket ni di Konya Otogar (Stesyen Keretapi Konya).Di sini juga korang akan naik train korang tu nanti untuk ke Izmir.

Apps E-Bilet untuk beli Tiket Train di Seluruh Turkey

Di Konya ni tak ramai orang boleh cakap English macam di Istanbul dan Cappadocia since Konya ni bukanlah terkenal di kalangan pelancong antarabangsa.Jadi part ni paling tricky if korang nak communicate dengan orang-orang di sana lebih-lebih lagi time korang nak beli tiket train nanti.So kena lah rajin-rajin pakai apps google translate ye kalau nak bercakap dengan diorang hehe.

Di dalam Sleeper Train

Train akan bergerak pada pukul 7 Malam dan akan sampai pada 7 Pagi pada keesokkan harinya.Time ni aku beruntung sangat sebab dalam bilik ni aku sorang je yang ada,so boleh lah feeling-feeling private room hehe.Untuk pengetahuan,setiap bilik akan ada dua katil,katil bawah dan juga katil atas.Make sure korang beli tiket nanti ambik katil bawah ye.

Katil untuk sepanjang 12 Jam perjalanan

Memang selesa katil ni siap dia bagi towel lagi untuk setiap seorang.Malam-malam baring sambil dengar lagu sambil layan view fuh! memang layan habis beb hahah.Wajib cuba kalau korang datang ke Turkey dan juga singgah di kota Konya atau Izmir.

Siap ada sinki and cermin dalam bilik!

Yang paling best train ni siap ada sinki and cermin dalam bilik! Kalau nak solat memang tak perlu dah untuk keluar ke tandas tapi agak struggle sikit lah hehe dah nama pun mengembara mestilah kena adapt dengan apa-apa situasi! Tak gitu?? hehe. Bagi aku harga 210 Lira/RM64 untuk bilik yang sebegini memang berbaloi sangat-sangat.

Oh lupa nak bagitahu,di bilik ni juga ada disediakan snack macam biskut-biskut,keropok dan juga air mineral.Jadi lah untuk jajan sepanjang perjalanan.Dalam train ni ada juga cafe disediakan,if korang lapar and nak makan makanan yang berat,boleh ke cabin khas yang ada cafe.

Okay setakat ini sahaja posting aku untuk kali ini,harapnya dapat membantu sedikit sebanyak untuk trip korang nanti.

Boleh follow Instagram aku Huzels Traveller dan join channel Telegram Huzels Traveller untuk pelbagai tips travel menarik!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *