November 23, 2024

Di Cappadocia,selain korang datang untuk naik hot air balloon,korang juga boleh cuba aktiviti berkuda di sini.Ada dua waktu yang disediakan iaitu pada waktu pagi (sunrise) dan juga waktu petang (sunset).Ikut korang punya kesesuaian waktu ketika di sana.

Kalau aku prefer pada waktu sunset sebab pagi-pagi aku taknak rushing sangat.Maklumlah bukan seorang yang “morning person” huhu.Aku sarankan kalau korang nak cari package aktiviti ni,jangan book melalui penginapan sebab diorang ni akan markup harga.

Peta bandar Goreme

Jadi cara yang lain adalah korang boleh keluar jalan-jalan di sekitar bandar Goreme (Cappadocia) untuk cari tour agency yang provide pakej aktiviti di Cappadocia.Bandar Goreme ni kecik je,korang boleh jalan kaki separuh hari untuk cover satu bandar Goreme ni,tak perlu sewa teksi,Uber dan sebagainya.Dapatlah exercise sikit sambil-sambil hehe.

Tour agency belambak kat sana,korang jangan risau nak cari kat mana sebab korang jalan sikit 2-3 minit mesti akan jumpa satu.Harga pulak lebih kurang sama je semua,kalau korang pandai tawar menawar boleh lah dapat murah lagi hehe.

Okay bila korang dah book,nanti diorang akan pickup di penginapan korang dengan naik jeep atau van untuk ke lokasi berkuda iaitu di “Red Valley”.Pastikan bagi details penginapan yang betul semasa korang book aktiviti berkuda tu,karang tak pasal-pasal dia salah pickup tempat.

Aktiviti ni akan bermula daripada pukul 2.30 PM until sunset (5.30PM-7.00PM) bergantung kepada musim yang korang datang.Kalau winter sunset akan awal sedikit berbanding datang pada musim-musim yang lain.

Ketika di “Red Valley” semasa aktiviti berkuda

Selalunya,aktiviti ni dijalankan dalam berkumpulan.Tapi time ni aku sorang je yang ada untuk sorang guide ni daripada tour agency yang aku ambik ni.Memang rasa macam private guide pun ada juga waktu tu haha.Memang baik guide ni siap offer untuk ambilkan gambar and bagitahu lagi kat mana spot-spot ambik gambar yang nice.

Kuda yang aku naik berserta Guide

Sebelum aku terlupa,bagi korang yang tak ada basic berkuda atau tak pernah naik kuda macam aku ni,korang kena bagitahu tau sebab kalau korang tak bagitahu guide tu nanti dia expect korang reti tunggang kuda.Kalau korang tak reti dia akan tarik je kuda tu sepanjang perjalanan dan korang duduk je atas kuda sambil layan view hehe.

Minum jus buah-buahan sambil layan view

Setelah lebih kurang 1 jam perjalanan menunggang,nanti dia akan stop dekat satu mini cafe ni untuk berehat.Kat situ korang boleh lah duduk santai-santai sambil minum jus.View kat sini memang lawa gila sumpah hahaha memang “worth it” aktiviti ni kalau korang cuba di Cappadocia.Harga jus ni pun murah je dalam 10 Lira (RM2.80) secawan.Boleh lah hilangkan dahaga kejap,tapi aku sarankan bawak air masak siap-siap hehe.

Jadi selepas aktiviti ni selesai,diorang akan hantar balik korang ke tempat penginapan dengan van atau jeep.Aku sangat sarankan untuk korang cuba aktiviti ni selain daripada naik hot air ballon.RM 70 je geng berbanding naik hot air balloon yang harganya minimum RM600 untuk seorang hahah.Ikut korang punya bajet,kalau ada bajet lebih apa salahnya cuba kedua-duanya sekali hehe.

Okay setakat itu sahaja posting aku kali ni.Harap-harap dapat memberi sedikit sebanyak idea untuk korang plan trip korang di Cappadocia ni nanti.

Boleh follow Instagram aku Huzels Traveller dan join channel Telegram Huzels Traveller untuk pelbagai tips travel menarik!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *