Okay kali ini aku nak share pengalaman aku ke Burj Khalifa daripada Dubai Airport dengan menaiki “public transport” iaitu Metro daripada Dubai Airport terus ke Burj Khalifa.Aku transit di Dubai selama 18 jam sebelum meneruskan perjalanan ke Istanbul.Jadi aku ambik peluang ni untuk explore bandar Dubai dengan sebaik mungkin.
Bila datang Dubai ni tak lengkap lah kalau tak pergi ke Burj Khalifa.Tapi aku bukan hanya mahu bergambar dari bawah sahaja tetapi juga ingin merasa untuk naik sampai ke “Observation Deck” di bangunan Burj Khalifa ini.
Okay first sekali bila dah sampai Dubai Airport,korang kena cari bahagian Metro untuk beli tiket.Harga tiket metro untuk ke Burj Khalifa/Dubai Mall Metro Station daripada Airport adalah 8 AED untuk perjalanan sehala dan 16 AED untuk pergi dan balik.
Korang boleh juga beli One Day Unlimited Metro Pass yang berharga 20 AED kalau korang berhasrat untuk explore ke tempat lain selain Burj Khalifa.Macam aku,main point aku transit di Dubai ni adalah hanya untuk pergi ke Burj Khalifa.So,single ticket pergi dan balik berharga 16 AED adalah pilihan yang terbaik untuk aku.
Tiket ni either korang boleh beli melalui mesin automatik yang telah disediakan di setiap Metro Station atau melalui kaunter.Macam aku haritu tak tukar cash langsung dalam bentuk AED,so aku beli melalui kaunter sebab boleh pakai Debit Card dari Malaysia.Pastikan aktifkan dulu fungsi pembayaran antarabangsa sebelum berlepas untuk guna Debit Card korang di luar negara ye.
Metro untuk ke Burj Khalifa ni ada setiap 7 minit,jadi korang tak perlu risau lah if terlepas train.Perjalanan pula daripada Dubai Airport ke Burj Khalifa dengan menaiki Metro adalah selama lebih kurang 20 minit.Jadi korang pandai-pandai lah bajet masa ye bila nak balik ke airport nanti.Karang tertinggal flight pulak nanti huhu.
Bila dah sampai metro station Burj Khalifa nanti,korang jangan ingat akan terus nampak bangunan Burj Khalifa depan mata tau hahah.Yang ni bagi aku part paling mencabar lah,sebab korang kena jalan lagi sejauh lebih kurang 10 minit di laluan skybridge yang disediakan untuk ke Dubai Mall (bersebelahan Burj Khalifa).
Kalau korang pergi dengan family atau ada orang tua,aku tak galakkan lah untuk jalan kaki di skybridge ni sebab ianya agak jauh dan sebaliknya korang boleh terus naik teksi atau Uber dari sini untuk terus ke Burj Khalifa.
Setelah 10 hingga 15 minit berjalan,akhirnya korang akan sampai di Dubai Mall.Kenapa Dubai Mall? Sebab Dubai Mall ni dia connected dengan Burj Khalifa yang berada di sebelahnya.Alaa konsep dia lebih kurang macam Suria KLCC dengan KLCC lah haa giteww.So laluan ni dia akan bawa ke Dubai Mall dahulu sebelum Burj Khalifa.
Akhirnya sampai lah juga di Burj Khalifa.Memang cantik betul bila tengok depan-depan berbanding tengok dalam gambar.Korang wajib datang sendiri untuk tengok dengan mata kepala korang sendiri hahah.
Landskap kolam air pancut ni sebijik macam korang tengok kat depan Suria KLCC tu.Ramai orang akan lepak-lepak kat area sini tengok pertunjukkan air pancut (water show) dan juga makan-makan di outdoor restaurant yang terdapat di sini.
Okay part ni paling penting bagi korang yang ingin naik sampai ke Observation Deck Burj Khalifa.PASTIKAN BELI TIKET SECARA ONLINE!! JANGAN BELI SECARA WALK IN!!
Kenapa aku cakap beli online? Sebab kalau korang beli walk in di Burj Khalifa,harga dia hampir 2 kali ganda jauh lebih mahal kalau korang beli online.Jadilah pengembara yang bijak ye hehe.
Untuk pembelian tiket secara online,aku galakkan korang beli di website KLOOK sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum tarikh korang sampai ke Dubai.Harga untuk di KLOOK hanyalah RM160-RM180 sahaja untuk seorang berbanding RM300+ kalau korang beli secara walk in di Burj Khalifa.Korang boleh klik di SINI untuk pembelian tiket di KLOOK.
Bila korang dah selesai buat payment,nanti KLOOK akan send booking confirmation bersertakan sekali dengan QR Code untuk dibawa sebagai tiket di Burj Khalifa nanti.So bookmark lah siap-siap ye email tu nanti supaya senang nak cari bila dah sampai ke sana nanti.
Bagi aku pengalaman untuk naik ke bangunan yang tertinggi di dunia adalah salah satu pengalaman yang paling berharga dan aku sangat galakkan untuk korang yang ada bajet lebih untuk cuba naik sampai ke atas.Memang berbaloi dengan view seluruh kota Dubai.Korang juga boleh nampak Old Dubai dan New Dubai dari atas ni.Memang cantik!
Okay setakat ini sahaja posting aku kali ini.Semoga sedikit sebanyak dapat membantu plan korang punya itinerari ke Dubai atau transit di Dubai.
Boleh follow Instagram aku Huzels Traveller dan join channel Telegram Huzels Traveller untuk pelbagai tips travel menarik!