Korang sedang merancang percutian ke Seoul tapi tak tahu nak pergi ke mana sepanjang di sana?Baca posting ini sampai habis sebagai panduan korang ke Seoul nanti.
1.Namsan Tower
N Seoul Tower (Namsan Tower) terletak di tengah-tengah ibu kota Seoul.Menara ini adalah sebuah menara telekomunikasi yang terletak di atas sebuah bukit yang diberi nama Namsan Hill.
Kalau korang kaki K-Drama,menara ini terkenal dalam drama Boys Over Flower dan My Love from The Star.Kalau korang berhasrat untuk datang ke sini,disarankan untuk datang pada waktu “sunset” dan juga pada waktu malam.
Dua waktu ini adalah waktu yang paling terbaik untuk korang layan view di seluruh kota Seoul dari “Observation Deck” Namsan Tower ini.
Waktu Operasi: 10 A.M hingaa 12 A.M (Setiap Hari)
2.Starfield Library
Tak ramai yang tahu bahawa Seoul mempunyai sebuah library yang sangat unik.Library ini terletak di dalam COEX Mall bersebelahan dengan SM Town.
Kebanyakkan yang datang ke sini hanya untuk mengambil gambar kerana design dan susana di dalam library ini sangatlah unik dan menarik.Nak masuk ke sini free sahaja dan tidak perlu bayar apa-apa.
Kalau korang menggunakan public transport untuk ke sini,boleh turun di Samseong Station Exit 5 atau 6 (Seoul Subway Line 2).
Waktu Operasi: 10 A.M hingaa 10 P.M (Setiap Hari)
3.Dongdaemun Design Plaza
DDP adalah sebuah bangunan yang sangat unik dan wajib untuk dilawati di Seoul.Bangunan ini terletak di Dongdaemun atau lebih dikenali sebagai “Seoul Fashion District”
Bangunan ini telah direka khas oleh Zaha Hadid iaitu seorang arkitek terkenal yang mempunyai darah campuran Iraq dan British.Beliau adalah salah seorang arkitek perempuan yang hebat di zaman era moden ini.
Pada waktu malam,kawasan sekitar DDP ini akan dihiasi dengan cahaya-cahaya daripada lebih 25 ribu pokok ros LED.Suasana ini telah membuatkan kawasan ini menjadi salah satu “Instagrammable Picture” di kota Seoul ini.
Untuk ke sini korang boleh turun di Exit 1 di Dongdaemun History and Culture Park station kalau menggunakan Metro.
4.Insadong
Kawasan Insadong merupakan sebuah kawasan unik yang menempatkan ratusan kedai menjual barangan kraftangan Korea,lukisan dan juga kedai tembikar.Kalau korang nak merasa makan di restoran tradisional Korea,boleh datang ke sini juga.
Di sini juga terdapat banyak festival tradisional yang akan diadakan bagi menggalakkan pelancong untuk mencuba sendiri seni dan kebudayaan tradisional Korea.Memang sangat happening area sini dengan pelancong-pelancong dari pelbagai negara.
Boleh datang ke sini dengan Metro dan turun di Anguk Station exit 6 (Seoul Subway Line 3).
Waktu Operasi : 2:00PM hingga 10:00PM (Sabtu)
10:00am hingga to 10:00pm (Ahad)
5.Everland Theme Park
Everland adalah sebuah taman tema terbesar di Korea Selatan.Kebanyakkan pengunjung di sini adalah pelancong antarabangsa dan juga penduduk Korea yang tinggal selain daripada Seoul.
Taman Tema Everland ini akan menganjurkan pelbagai jenis festival mengikut musim di sepanjang tahun.Di bawah ini aku sertakan festival-festival tersebut.
Snow Festival (January – February)
Tulip Festival (March – April)
Rose Festival (May – June)
Summer Splash (June – August)
Chistmas Fantasy (November – December)
Harga tiket untuk masuk ke Everland ini adalah di sekitar RM150 ke atas.Namun,kalau korang beli secara online di website Klook,korang boleh dapat lagi murah di sekitar RM120 sahaja.Klik SINI untuk lihat harga di Klook.
6.Lotte World
Lotte World juga adalah sebuah taman tema yang terletak di Seoul selain Everland.Uniknya Lotte World ini adalah taman tema mereka dinobatkan sebagai World’s largest indoor theme park.
Lotte World juga mempunyai outdoor theme park seperti di Everland dan juga tidak kurang hebat berbanding dengan Everland.Di sini terdapat pulau buatan yang dihubungi dengan monorail,hotel mewah dan juga movie theater.
Harga tiket online di Klook hanya sekitar RM120 sahaja untuk One Day Pass.Boleh klik di SINI untuk lihat harga di Klook.Disarankan untuk beli secara online untuk mengelakkan daripada beratur panjang di sana nanti.
Waktu Operasi : 9:30AM hingga 10PM Setiap Hari (Ahad Tutup)
7.Seoul Central Mosque
Masjid ini terletak di area Itaewon iaitu salah sebuah kawasan yang terkenal dengan makanan halal.Untuk ke sini,korang boleh naik Subway dan turun di Itaewon Station Exit 3.
Disarankan untuk bawa selipar kerana tempat untuk mengambil wudhu terletak di bawah tangga yang korang dapat lihat di gambar di atas.Di sebelah masjid ini juga terdapat sebuah pasaraya halal yang menjual barangan basah dan barangan dapur.
Banyak juga kedai kebab dan nasi arab di area berdekatan dengan masjid ini.Jadi,tak perlu susah-susah untuk cari makanan halal di sini selepas ke masjid tersebut.
8.Namdaemun Market
Namdaemun Market adalah sebuah “street market” yang menjual pelbagai jenis barangan tradisional dan barangan elektronik.Sangat digalakkan untuk datang ke sini kalau korang nak beli ole-ole untuk dibawa pulang ke Malaysia kerana harganya lebih murah berbanding di tempat lain.
Di sini juga terdapat gerai-gerai kecil yang menjual makanan tetapi hanya segelintir sahaja yang menawarkan makanan halal.Di sini hanya lebih kepada “last minute shopping” untuk dibawa pulang.
Boleh follow Instagram aku Huzels Traveller dan join channel Telegram Huzels Traveller untuk pelbagai tips travel menarik!